Home

Sunday, 27 March 2011

Cerpen Cinta Iman

Suasana petang yang sungguh redup. Tidak seperti hari-hari biasa yang selalu disinari cahaya matahari. Di bawah pohon tepi pantai inilah kebiasannya aku menghabiskan masaku sambil merehatkan  fikiran. Bagi ku disini lah tempat yang paling sesuai untuk menghirup udara yang segar,  pemandangan yang cantik, dan sesekali angin ciptaan Tuhan menyegarkan tubuh kecil milikku ini.
Jauh di hadapanku terdapat beberapa pasangan yang bergurau senda. Kulihat, terpancar di setiap mata  mereka sinar yang membahagiakan tatkala berada di samping insan yang tersayang. Ada juga segelintir kanak-kanak yang bermandi-manda bersama keluarga mereka. Terhibur hatiku melihat karenah mereka di sini.
            “Iman…..apa yang kau buat kat sini??” Tegur Sarah yang tiba-tiba saja menegurku dari arah belakang. “Sarah, buat aku terkejut je” jawab Iman sambil tersenyum.
            “ Eh, apa termenung lagi ni..jom pergi makan,aku lapar la” ajak Sarah. Macam mana lah tak montel kau ni, asyik makan jer,ajuk Iman kepada Sarah sambil membuat muka. “Ha kau jangan nak perli aku k, montel2 aku ini ada gak yang sayang tau, tak macam kau..harap jer cantik tapi sampai sekarang tak ada orang yang nak”. “Amboi..sarah, jaga sikit mulut kau tu k, bukan tak ada orang yang nak, tapi aku yang tak nak dekat dia orang tau,hahahahahaha” ketawa besar Iman sehingga Sarah bengang dengan gelagat Iman yang selamba sahaja menjawab.
            Nurin  Aleesya Aiman merupakan seorang yang periang dan baik menyebabkan Sarah tidak pernah jemu melayan karenah Iman selama ini.  Walaupun, Iman mempunyai raut wajah yang cantik berbanding Sarah tetapi Sarah tidak pernah cemburu dengan Iman. Mama Iman, dan ibu Sarah adalah adik-beradik dan mereka sepupu yang sangat baik sejak mereka kecil lagi.
            Semasa di dalam bilik, Sarah menegur Iman. “ Sudah-sudahlah termenung Iman, jangan kau kusutkan lagi fikiran kau itu dengan masalah yang ada, kan kita datang sini untuk bercuti”. “Siapa kata aku termenung?” “Habis air atas meja itu tertumpah kau tak perasan ker??”
Tersipu malu Iman dibuatnya. “ Ya Allah, macam mana aku tak perasan ini”. Dengan pantas Iman mengambil kain untuk menglapnya.
            “ Aku pening lah Sarah nak buat keputusan, antara keluarga dengan perasaan diriku ini.” Kau fikir lar baik-baik Iman, ini masa depan kau”.
            Terasa letih badanku ini, penat seharian bekerja dengan terpaksa menempuh  jamm setiap petang membuatkan Iman menjadi lali dengan semua ini. Iman bekerja di sebuah Syarikat Perkapalan terkemuka di Kuala Lumpur, sebagai pegawai eksekutif. Kesibukan Iman bekerja  menjadikan Iman tidak pernah memikirkan masa depannya untuk berumahtangga walaupun, semua rakan-rakannya sudah berkahwin. Usia Iman yang sudah akhir 20-an membuatkan mama Iman, Faridah menjadi risau, takut anak tunggalnya ini di gelar ‘andartu’.
 bersambung..........

No comments:

Post a Comment