Home

Tuesday, 26 February 2013

Thursday, 9 February 2012

Apam dot dot

salam semua....
hari ini nak kongsi ctr pasal dah pandai buat kuih apam dot dot atau nama famousnya apam palkadot,
minat punya pasal bab2 memasak nie, so plan lar dengan k.long nak buat apam nie...
disebabkan malam tu pening teramat sangat so ak suruh lar k.long buat ngan anaknya, aku just tolong sediakan bahan jer...
sambil2 k.long tengah buat tu aku telan lar panadol 2 biji siap jer apam tu aku pun dah ok, mau x nya sambil buat sambil tu aku dengan anak buah makan, maklumlah ngah panas ag kan sedap, hihihihhi :-)



so nilah hasilnya :

Thursday, 12 January 2012

Selamat Tinggal facebook

Dulu aku ada fb, nick name guna nama penuh : NURFARHANA KARIM
masa zaman kat U dulu mcm2 aku post tentang kehidupan aku
ku kongsi rasa gembira, sedih, kecewa dll...
semua kwn2 tahu tentang aku....
Masa aku sakit ag lar...mcm2 aku wat status kat wall....
sampai ada org tegur nape aku wat status sedih, itu pun aku tahu dari org len...
itu hak aku!!!!!!!!!!
tapi orang x fahan apa yang aku rasa...

one day aku duduk termenung
aku teringat semua kenangan aku
dan aku terfikir untuk tutup fb..
mungkin itu yang terbaik untuk aku.

sorry to all my friend sebab terpaksa tutup akaun fb
aku ada alasan tersendiri kenapa tutup akaun fb,
aku ingin mencari kehidupan aku yang sebenar,
aku x nak kawan2 aku selalu follow fb aku..
pas tu ada perasaan dengki kat aku...
aku x buat salah pun, aku x ada pun nak jeles ngan kwn2...
semata2 nak tahu tentang kehidupan  aku...
hidupan ini terlalu privacy untuk ak ctr dekat orang.....
to my love.....i love so much hanya kau yang mengerti apa yang aku lalui kini...
please support me!!!!!!!!!!!





Ingin Berubah!!!!!!!!!!

ketika hati sedang menangis..
jiwa meronta-ronta untuk memberontak...
tiada apa yang patut aku lakukan hanya membiarkan air mata
mengalir deras bagaikan hujan lebat yang tiada penghujungnya...
inilah perasaan aku ketika ini...
aku ingin pergi jauh dari segalanya...
aku sedar ...
aku bukan manusia yang sempurna
kali ini aku nekad untuk berubah....

Friday, 22 April 2011

novel cinta black forest




sinopsis:

“Pandai abang berlakon jadi raja, ya? Saya pun pandai juga berlakon. Di sekolah, kalau ada pementasan drama yang berkaitan cerita raja-raja, saya mesti ambil bahagian. Kata cikgu dan teman-teman, saya sesuai jadi puteri raja. Apa komen abang pulak?”

Cinta Farhana kepada seorang. Cinta Farhan juga kepada seorang. Mereka bertemu tanpa diduga. Mereka bercinta di usia muda. Mereka terpisah begitu lama. Saat indah menemukan mereka. Cinta yang lara mengorak semula. Puteri di hati puteri sejati, dipertemukan dalam sepotong kek black forest penambat restu Raja Permaisuri Farah Diba Biba.

Tengku Muzaffar indahnya nama. Turut memburu cinta Farhana. Juliana dijadikan orang perantara. Untuk merebut si gadis jelita. Buat menghias mahligai dibina. Buat merawat luka nan lara. Namun, ditepis Farhana yang setia.

Puteri hati puteri sejati bertemu putera hati putera sejati dalam nikmat sepotong kek black forest. Tersemaikah kebahagiaan dalam diri mereka? Adakah Farhan dan Farhana tetap setia setelah diduga?
*thanks syg.....belikan novel ini,
best sgt ,nama pun sama ngn me.

Sunday, 27 March 2011

bacaan terbaru ku

minggu lepas, ada beli novel terbaru keluaran buku prima dan kakinovel

Sesiapa yang minat baca novel saya cadangkan beli lar 'aku cinderella' dan 'cucur bawang & kopi 'o' '







sinopsisnya:

Nur Aisyah yang biasa dipanggil syah adalah seorang ganis manis yang cekal menggalas tugas kedua org tuanya yang telah pergi buat selama-lamanya. seorang yang tegas,
bertanggungjawab dan sangat melindungi lima oran adik-adiknya. 
Ketiadaan ibu dan ayah memaksa  dia membulat tekad berhenti sekolah untuk bekerja 
dan menukar imej menjadi seorang tomboi demi tidak menjadi mangsa buli lagi.


Takdir telah menentukan Syah bertemu dengan Syafiq, seorang lelaki yang panas baran dan bermulut celupar yang dilabel sebagai musuh utamanya.
Bencinya terhadap lelaki itu melangit tinggi sehingga die telah mengisytiharkan perang terhadap lelaki itu.
pertengkaran demi pertengkaran tercetus diantara Syah dan Syafiq dek kerana ego masing-masing.


Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? 
Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin terhadap Shafiq?
'akulah Cinderella'
ada jawapanya.



sinopsisnya:
Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata.
Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia. Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?


Tajuk: Cucur Bawang & Kopi ‘O”
Penulis: Hasrudi Jawawi
Harga: RM25.90



Cerpen Cinta Iman

Suasana petang yang sungguh redup. Tidak seperti hari-hari biasa yang selalu disinari cahaya matahari. Di bawah pohon tepi pantai inilah kebiasannya aku menghabiskan masaku sambil merehatkan  fikiran. Bagi ku disini lah tempat yang paling sesuai untuk menghirup udara yang segar,  pemandangan yang cantik, dan sesekali angin ciptaan Tuhan menyegarkan tubuh kecil milikku ini.
Jauh di hadapanku terdapat beberapa pasangan yang bergurau senda. Kulihat, terpancar di setiap mata  mereka sinar yang membahagiakan tatkala berada di samping insan yang tersayang. Ada juga segelintir kanak-kanak yang bermandi-manda bersama keluarga mereka. Terhibur hatiku melihat karenah mereka di sini.
            “Iman…..apa yang kau buat kat sini??” Tegur Sarah yang tiba-tiba saja menegurku dari arah belakang. “Sarah, buat aku terkejut je” jawab Iman sambil tersenyum.
            “ Eh, apa termenung lagi ni..jom pergi makan,aku lapar la” ajak Sarah. Macam mana lah tak montel kau ni, asyik makan jer,ajuk Iman kepada Sarah sambil membuat muka. “Ha kau jangan nak perli aku k, montel2 aku ini ada gak yang sayang tau, tak macam kau..harap jer cantik tapi sampai sekarang tak ada orang yang nak”. “Amboi..sarah, jaga sikit mulut kau tu k, bukan tak ada orang yang nak, tapi aku yang tak nak dekat dia orang tau,hahahahahaha” ketawa besar Iman sehingga Sarah bengang dengan gelagat Iman yang selamba sahaja menjawab.
            Nurin  Aleesya Aiman merupakan seorang yang periang dan baik menyebabkan Sarah tidak pernah jemu melayan karenah Iman selama ini.  Walaupun, Iman mempunyai raut wajah yang cantik berbanding Sarah tetapi Sarah tidak pernah cemburu dengan Iman. Mama Iman, dan ibu Sarah adalah adik-beradik dan mereka sepupu yang sangat baik sejak mereka kecil lagi.
            Semasa di dalam bilik, Sarah menegur Iman. “ Sudah-sudahlah termenung Iman, jangan kau kusutkan lagi fikiran kau itu dengan masalah yang ada, kan kita datang sini untuk bercuti”. “Siapa kata aku termenung?” “Habis air atas meja itu tertumpah kau tak perasan ker??”
Tersipu malu Iman dibuatnya. “ Ya Allah, macam mana aku tak perasan ini”. Dengan pantas Iman mengambil kain untuk menglapnya.
            “ Aku pening lah Sarah nak buat keputusan, antara keluarga dengan perasaan diriku ini.” Kau fikir lar baik-baik Iman, ini masa depan kau”.
            Terasa letih badanku ini, penat seharian bekerja dengan terpaksa menempuh  jamm setiap petang membuatkan Iman menjadi lali dengan semua ini. Iman bekerja di sebuah Syarikat Perkapalan terkemuka di Kuala Lumpur, sebagai pegawai eksekutif. Kesibukan Iman bekerja  menjadikan Iman tidak pernah memikirkan masa depannya untuk berumahtangga walaupun, semua rakan-rakannya sudah berkahwin. Usia Iman yang sudah akhir 20-an membuatkan mama Iman, Faridah menjadi risau, takut anak tunggalnya ini di gelar ‘andartu’.
 bersambung..........