Sesiapa yang minat baca novel saya cadangkan beli lar 'aku cinderella' dan 'cucur bawang & kopi 'o' '
sinopsisnya:
Nur Aisyah yang biasa dipanggil syah adalah seorang ganis manis yang cekal menggalas tugas kedua org tuanya yang telah pergi buat selama-lamanya. seorang yang tegas,
bertanggungjawab dan sangat melindungi lima oran adik-adiknya.
Ketiadaan ibu dan ayah memaksa dia membulat tekad berhenti sekolah untuk bekerja
dan menukar imej menjadi seorang tomboi demi tidak menjadi mangsa buli lagi.
Takdir telah menentukan Syah bertemu dengan Syafiq, seorang lelaki yang panas baran dan bermulut celupar yang dilabel sebagai musuh utamanya.
Bencinya terhadap lelaki itu melangit tinggi sehingga die telah mengisytiharkan perang terhadap lelaki itu.
pertengkaran demi pertengkaran tercetus diantara Syah dan Syafiq dek kerana ego masing-masing.
Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya?
Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin terhadap Shafiq?
'akulah Cinderella'
ada jawapanya.
sinopsisnya:
Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata.Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia. Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?
Tajuk: Cucur Bawang & Kopi ‘O”
Penulis: Hasrudi Jawawi
Harga: RM25.90
Penulis: Hasrudi Jawawi
Harga: RM25.90

